Kelas Photo Book Publisher

9 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Disember 2018, Pusat Internet Braang Bayur telah mengadakan Kelas Photo Book Publisher kepada seorang peserta yang bermula pada pukul9:30 hingga Pukul 11:30 pagi. Kelas ini memberi pendedahan kepada penyusunan gambar-gambar dalam keratan muka surat buku. Gambar-gambar disusun mengunakan Template Microsoft Publisher. Peserta diberi tugasan untuk menyiapkan Buku Gambar dengan mendapatkan sumber gambar melalui carian google.

Peserta juga telah diterapkan dengan modul Klik dengan Bijak iaitu Trolling agar mereka sentiasa berwaspada ketika melayari laman social khasnya. Kelas seperti ini secara tidak langsung dpt mempromosikan peranan pusat internet kepada umum.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali